Daun kekabu (kapok fibres) yang dipilih adalah yang diambil terus dari para pekebun tempatan yang terdapat di sekitar negeri Perak yang kebanyakan mereka menanam secara kampung atau kecil-kecilan. Untuk memastikan bekalan sentiasa berterusan, para pekebun dibekalkan dengan khidmat nasihat kepakaran dan tunjuk ajar supaya membuat pembungkusan (packaging) dengan cermat apabila tiba musim menuai atau berbuah.
Begitu juga dengan pilihan kain sampul, dipilih dari pengilang tempatan (bukan dari Thailand- kainnya lebih licin) untuk menjamin kualiti dan keselesaan para pengguna.
Kekabu yang berkualiti selalunya teksturnya lebih putih dan lebih ringan. (walaupun telah dijadikan bantal).
Hanya kekabu kelas pertama ini sahaja dibekalkan.
Contoh kain yang digunakan :
Setelah kain sampul bersesuaian dipilih, proses seterusnya ialah mengisi dan memadatkan kekabu tadi ke dalam sarung bantal. Proses terakhir ialah menjahit di sekitar ukur-lilit sampul tadi agar lebih tahan lama.
Pokok Kekabu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pokok Kekabu
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Famili: [[]]
Genus: Ceiba
Spesies: C. pentandra
Pokok Kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, utara Amerika Selatan, dan (sebagai C. pentandra jenis guineensis) barat Afrika serta Asia Tenggara. Nama botaninya Ceiba pentandra.
Pokok kekabu.
[sunting]Kegunaan
Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.
Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.
Bantal yang diisi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun.
[sunting]Pautan luar
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment