Wednesday, February 24, 2010
Oleh Dr Syed Husin Ali
Saya mengucapkan berbanyak Terima Kasih kepada pengelola Konvensyen Peneroka Felda yang bersejarah ini kerana memberi peluang kepada saya untuk kemukakan pendapat.
Saya harus mengakui sudah lama tidak membuat kajian atau berinteraksi dengan peneroka-peneroka Felda. Oleh itu pengetahuan saya terkini mengenai perkembangan lembaga ini dan masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka tidak mendalam. Izinkanlah saya memberikan pandangan umum dari jauh.
Kertas kerja ini akan menumpukan perbincangan secara khusus lebih kepada hal-hal yang berkaitan dengan tajuk di atas. Kita akan melihat ke arah mana Felda telah dan perlu dibawa. Juga, apakah perkara-perkara yang patut dilakukan untuk membela kedudukan generasi kedua bahkan ketiga, iaitu anak dan cucu peneroka-peneroka asal. Akan tetapi sebelum itu perlulah kita meninjau apakah yang telah berlaku setakat ini.
Asal-Usul Felda
Pada tahun 1956 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) telah ditubuhkan. Kini ia lebih dikenali sebagai FELDA, iaitu Federal Land Development Authority. FELDA merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Tanah rancangan FELDA yang pertama dibuka pada tahun 1958, iaitu di Lembah Bilut, Bentong, Pahang, dengan peneroka seramai kira-kira 400 orang. Mereka yang mula-mula menjadi peneroka adalah benar-benar peneroka, yang membuka hutan untuk menanam getah.
Mereka melakukan semua jenis dan peringkat kerja, dari menebang menebas hutan hingga menanam dan menoreh, dengan menggunakan tenaga empat kerat sendiri. Mula-mula mereka tinggal di rumah panjang secara membujang. Hanya setelah mereka mendirikan rumah sendiri barulah keluarga mereka dibawa bersama.
Pada tahun 1960 diluluskan Group Settlement Act, untuk menyelaras semua rancangan kemajuan berkelompok, termasuk FELDA, FELCRA dan Tanah Pinggir. Tujuan utama rancangan FELDA dan rancangan-rancangan kemajuan tanah yang lain, sebagaimana yang diumumkan oleh pelopornya Tun Razak Hussein, ialah untuk mengatasi kemiskinan, khususnya di kalangan masyarakat desa. Pada ketika itu lebih 60 peratus rakyat desa, kebanyakannya petani kecil, hidup dalam kemiskinan.
Menghapus kemiskinan merupakan tujuan ekonomi. Akan tetapi, disebaliknya tersirat juga tujuan politik, iaitu untuk memastikan sokongan dari kalangan rakyat ramai kepada Kerajaan. Agenda yang tidak dinyatakan ialah ia juga merupakan salah satu projek untuk mengatsi cabaran dari parti-parti lawan, termasuk PAS, Fron Sosialis dan PKM. Apabila konsep serta rancangan kemajuan kampung, yang diperkenalkan kerajaan dengan Buku Hijau, FELDA menjadi projek terpenting di dalamnya.
Peneroka FELDA dipilih terutama dari kalangan petani yang tidak mempunyai tanah sama sekali. Namun dipilih juga mereka yang memiliki tanah kurang dari dua ekar. Tanah pertanian seluas ini dianggap tidak ekonomik dan tidak boleh menjamin kehidupan.
Selepas kelulusan akta tahun 1960 itu, cara pengurusan rancangan FELDA berubah. Kebanyakan kerja, seperti menebang, menebas, menyediakan benih dan menanam dikelolakan oleh Lembaga FELDA. Kerja-kerja ini bisanya dilaksanakan secara kontrak. Segala bayaran yang dikenakan bagi semua kerja ini dianggap sebagai hutang peneroka.
Cara peneroka membayar hutang ialah dengan pihak Lembaga memotong sebahagian pendapatan dari jualan hasil yang dikeluarkan. Semua hutang, yang berjumlah sekitar RM25,000, dengan bunga agak tinggi, iaitu 6.25 peratus, harus dibayar dalam tempoh 15 tahun.
Inilah kali pertama para petani dibebankan dengan jumlah hutang sebegitu besar. Selalunya jumlah pendapatan yang boleh dibawa balik oleh peneroka bergantung kepada harga pasaran hasil pengeluaran mereka. Harga getah dan kelapa sawit tidak stabil, sering turun naik mengikut pasaran dunia.
Bagi peneroka getah dan kelapa sawit, jumlah ini agak besar juga manakala harga di pasaran dunia tinggi. Akan tetapi, apabila harganya meleset, ada yang tidak dapat membawa balik sesen pun. Bahkan kadang-kadang mereka terpaksa berhutang pula lagi untuk membeli barang-barang keperluan harian. Ramai peneroka yang merasa mereka tidak terlepas dari belenggu kemiskinan dan bebanan hutang.
Setiap bidang tanah FELDA diberi khusus untuk peneroka yang asal. Apabila peneroka meninggal, tanahnya tidak boleh dibagi-bagikan kepada warisnya mengikut hukum faraid. Begitu juga semasa hidup peneroka tidak boleh memindahkan milik atau mewasiatkan tanah kepada seorang atau semua warisnya.
Pembentukan FELDA Holdings
Keadaan di mana tanah peneroka tidak boleh diwariskan menjadi salah satu faktor pendesak bagi menubuhkan FELDA Holdings pada 06/09/1995. Namun terdapat juga faktor-faktor lain. Penubuhan FELDA Holdings ini boleh dikatakan kuat didorong oleh Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri waktu itu.
Mahathir terkenal sebagai pemimpin yang lebih mengutamakan kemajuan perdagangan serta perindustrian dari kemajuan pertanian. Beliau juga menekankan perlaksanaan projek-projek besar bukan yang kecil-kecilan. Kemungkinannya beliau memandang projek FELDA sebagai projek skala kecil yang kurang produktif dan patut diubah.
Sesuai dengan falsafah pembagunannya, tidak hairan jika Mahathir ingin melihat FELDA diuruskan atas asas skala besar. Ini bukan saja dianggapnya lebih produktif bahkan, lebih penting lagi, boleh menimbulkan ramai lagi pengurus, usahawan dan korporat/kapitalis Melayu, sebagaimana yang hendak digalakkannya selari dengan salah satu objektif asal DEB.
FELDA Holdings merupakan salah sebuah konglomerat (syarikat) yang terbesar dalam bidang perladangan di seluruh dunia. Dalam negara ia adalah syarikat kedua besarnya selepas PETRONAS. Ia terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan yang meliputi perladangan, hiliran, pembikinan dan perkhidmatan.
Syarikat ini menguruskan tanah seluas 550 ribu hektar, 96 peratus ditanam dengan kelapa sawit. Selain itu ia terlibat juga dengan 70 buah kilang sawit, 13 kilang getah, 7 penapis, 4 kilang menghancurkan isi sawit dll. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion. Untung sebelum ditolak cukai pada tahun yang sama ialah sebanyak RM819 juta.
Terdapat lebih kurang 60 syarikat di bawah FELDA Holdings, 50 daripadanya aktif dan kebanyakannya membawa untung. Antara anak-anak syarikat di bawahnya ialah: Felda Plantations Sdn Bhd, Felda Palm Industries Sdn Bhd, Felda Technoplant Sdn Bhd, Felda Agricultural Services Sdn Bhd, Felda Farm Pruducts Sdn Bhd dan lain-lain lagi.
Felda Plantations membuka dan mengurus tanah-tanah ladang secara komersil. Selain itu ia menguruskan juga tanah-tanah Felda lama yang telah diserapkan kepadanya. Terdapat 323 rancangan FELDA di seluruh negara melainkan Pulau Pinang dan Sarawak. Sebahagian besar dari tanah rancangan asal FELDA ini telah diserapkan sebagai asas bagi penubuhan FELDA Plantations.
Proses penyerapan ini berlaku dengan pelbagai cara, yang melibatkan salah satu atau lebih dari yang berikut, iaitu: penerangan, pujukan, tekanan bahkan juga paksaan sereta ugutan. Ramai peneroka menyerahkan hak milik tanah mereka kepada Felda Plantations. Mereka menjadi semacam pemegang saham dalam syarikat perladangan tersebut.
Akan tetapi ramai juga yang mempertahankan kedudukan mereka dan terus bekerja sendiri sebagai peneroka cara lama. Pada masa yang sama tidak ada rancangan tanah Felda ini dibuka lagi. Ertinya, usaha untuk memberi tanah kepada petani yang ketiadaan atau kekurangan tanah tidak lagi dijalankan. Anak-anak peneroka yang tiada tanah atau pekerjaan tidak berpeluang untuk menjadi peneroka Felda.
Siapa Untung?
Huraian di atas menunjukkan perubahan FELDA dari sebuah lembaga yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan menjadi Felda Plantations, di bawah FELDA Holdings, yang diselenggara secara komersil atas landasan kapitalis dengan tujuan mendapat laba sebesar mungkin. Siapakah yang menerima keuntungan terbanyak dari proses perubahan ini?
Jawabnya sudah tentulah FELDA Holdings dan berpuluh anak syarikatnya yang aktif, terutama seperti FELDA Plantations dan Felda Technoplant. Sebagai contoh, syarikat Technoplant mengelola kerja-kerja kontrak untuk menanam semula buat kali kedua bagi penoraka Felda yang telah diserapkan ke Felda Plantation.
Peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri. Mereka diberikan hutang (bukan bantuan) untuk membayar semua kerja ini. Sudah tentulah hutang perlu dibayar. Technoplant mendapat untung dari kerja kontrak ini. Selain itu mereka juga menambah keuntungan dengan mengenakan bayaran untuk khidmat nasihat yang kononnya diberi kepada peneroka.
Sudah tentu FELDA Holdings membayar gaji dan/atau elaun yang lumayan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah, Pengarah-pengarah dan CEO masing-masing. Bagi FELDA Holdings, Pengerusi Lembaga Pengarah seorang Tan Seri, khabarnya dibayar gaji kira-kira RM30 ribu sebulan. Itu tidak termasuk elaun bagi menghadiri mesyuarat dan lain-lain keistimewaan.
Seterusnya sembilan dari 10 orang ahli lembaga pengarah bergelar datuk dan sudah tentu dibayar elaun sesuai dengan status mereka. Begitu juga dengan CEOnya. Tidak diketahui berapa gaji serta elaun untuk CEO itu dan berapa pula elaun mesyuarat, perjalanan, penginapan dan lain-lain bagi pengarah-pengarah.
Tiap-tiap anak syarikat FELDA Holdings, juga mempunyai pengerusi serta ahli-lembaga pengarah sendiri dan boleh jadi CEO juga. Jumlah gaji dan elaun mereka tidak diketahui. Adalah menarik jika dibuat kajian tentang ini dan berapa peratuskah keuntungan dari tiap-tiap syarikat dibayar kepada mereka.
Walau bagaimanapun mungkin item gaji dan elaun yang dibayar kepada semua pengarah dan CEO merupakan sebahagian kecil saja dari keuntungan yang diperolehi setiap syarikat. Apakah item pembayaran yang terbesar sekali? Betulkah tuduhan bahawa sebahagian dari keuntungan yang diperolehi Felda Holdings disalurkan kepada Umno? Jadi soal pokoknya ialah: apa dan siapakah yang mendapat bahagian terbesar sekali daripada untung itu. Kajian perlu dibuat untuk mendapatkan maklumat penting ini.
Siapa Rugi?
Adalah dianggarkan bilangan peneroka dalam semua rancangan tanah FELDA berjumlah kira-kira 113,000 orang. Rata-rata peneroka asal diberi pinjaman lebih kurang RM30,000 seorang untuk belanja semua jenis kerja membangunkan tanah.
Ada kerja yang peneroka lakukan sendiri dan ada yang dilakukan secara kontrak melalui pengurusan FELDA. Hutang harus dibayar dalam tempoh 15 tahun. Ada yang mengambil masa lebih lama dari itu.
Untuk membayar hutang, pendapatan yang peneroka perolehi dari menjual hasil kepada pengurusan FELDA dipotong di pangkal. Sehingga tahun 2000 semua peneroka telah melunaskan hutang mereka. Sepatutnya selepas itu secara automatik peneroka harus diberikan geran milik tanah. Sebaliknya mereka terpaksa meminta dan tidak diberikannya dengan mudah.
Yang sering berlaku ialah peneroka dengan berbagai-bagai cara diminta atau dipaksa menyerahkan milik tanah mereka supaya menjadi semacam pemegang saham dalam Felda Plantations. Tidak semua yang bersetuju. Mereka yang bersetuju diikat dengan pinjaman bagi kali kedua untuk menam semula kebun dan membina rumah baru. Jumlah hutang kali kedua ini sekitar RM70,000.
Sebagai pemegang saham mereka diberikan bayaran sebanyak kira-kira RM1200 sebulan yang boleh dianggap seolah sebagai “dividen”, yang dibayar setiap bulan. Ramai peneroka menanggung hutang lagi sewaktu umur sudah lajut dan bagi sesetengah peneroka hutang ini mungkin tidak langsai lagi apabila mereka mati.
Walaupun demikian, tidak kurang pula mereka yang berasa gembira kerana menerima pendapatan bulanan dengan bergoyang kaki saja tanpa perlu membuat sebarang kerja. Sesetengah mereka menganggap pendapatan ini sebagai bayaran “pencen” semasa tua. Kadang-kadang mereka lupa tentang bebanan hutang yang mereka pikul. Sistem ini tidak memerlukan mereka bekerja dan bahkan mengalakkan mereka menjadi malas.
Pada hakikatnya pendapatan peneroka yang diserap ke dalam Felda Plantations menerima pendapatan jauh lebih kecil dari pendapatan para peneroka yang mengambil geran dan menguruskan tanah sendiri. Misalnya, didapati bahawa semasa kelapa sawit mengalami harga yang tinggi, peneroka yang menguruskan tanah sendiri boleh mendapat pendapatan sampai RM5000, iaitu 4-5 kali ganda dari apa yang diperolehi peneroka yang menyertai Felda Plantations itu.
Peneroka yang terlibat dengan FELDA Holdings sering dalam kerugian. Bukan saja pendapatan mereka kecil, bahkan mereka memikul bebanan hutang yang banyak. Pendapatan mereka merudum turun, kadang-kadang menghampiri sifar apabila harga kelapa sawit turun terlalu rendah. Kehidupan keluarga sempit dan masa depan kebanyakan anak cucu mereka tidak terjamin.
Nasib Generasi Kedua
Seperti yang diterangkan di atas, selepas pembentukan Felda Plantations, tidak ada lagi tanah dibuka untuk peneroka baru. Ertinya, sudah dinafikan peluang untuk petani miskin yang ketiadaan atau kekurangan tanah untuk mendapat tanah. Tiada juga peluang untuk generasi kedua dan ketiga (anak serta cucu peneroka asal) walaupun tiada pekerjaan atau tidak bertanah. Mereka tidak ada peluang pekerjaan lain dan tidak dapat mengikut jejak bapa atau datuk mereka.
Bilangan pekerja di bawah FELDA Holdings (yang meliputi semua anak syarikatnya) berjumlah kira-kira 19,000 orang. Ini tidak termasuk peneroka dan pekerja ladang. Kebanyakan pekerja ladang dalam Felda Plantations terdiri dari pendatang luar negara. Begitu juga dengan pekerja-pekerja kontrak yang digunakan untuk kerja-kerja khusus seperti menanam semula di bawah kelolaan Technoplant. Bilangan orang tempatan kecil.
Walaupun ada anggapan konon generasi kedua peneroka tidak suka menjadi “kuli ladang”, namun maklumat yang dikumpul menyatakan ada di antara mereka yang memohon tidak diterima. Ada anggapan kononnya mereka ini tidak bersedia bekerja sekuat pekerja-pendatang yang dibayar gaji agak rendah, tidak mendapat syarat-syarat perkhidmatan yang baik dan mudah pula dikawal. Tiada gaji tetap bagi mereka. Ada yang merasakan seolah-olah mereka bekerja sebagai hamba.
Seterusnya, ramai anak peneroka Felda mempunyai kelayakan atau kelulusan dari pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara mereka ada yang telah mendapat biasiswa di bawah rancangan bantuan FELDA Holdings. Sepatutnya mereka ini diberikan keutamaan menjadi pegawai dalam FELDA Holdings atau anak-anak syarikatnya. Akan tetapi tidak. Walaupun ada yang diambil bekerja, saya diberitahu peratusannya adalah kecil.
Terdapat anggaran bahawa bilangan generasi kedua dan ketiga Felda menghampiri 800,000. Bilangan sebenar boleh jadi lebih kecil dari itu. Berdasarkan bilangan 113,000 keluarga peneroka dan anggapan setiap seisi rumh terdiri dari 5-6 orang, saya anggar bilangan mereka mungkin dalam lingkungan 500 hingga 600 ribu.
Yang lebih penting dan serius dari angka ini ialah sebahagian besar dari mereka yang tidak berpeluang mendapat pekerjaan di tempat lain masih tinggal bersama-sama keluarga merek di rancangan Felda. Ramai dari mereka dalam keadaan menganggur. Mereka terbiar. Bermacam-macam masalah sosial timbul di kalangan mereka akibat pengangguran itu.
Bilangan mereka yang terlibat dengan pencurian, penyalahgunaan dadah, perbuatan-perbuatan sumbang dan menjadi Mat Rempit dan macam-macam lagi, sangat besar. Hal-hal ini buruk akibatnya dalam masyarakat peneroka dan serius implikasinya ke seluruh negara. Malangnya hampir kesemua mereka ini terdiri dari muda-mudi Melayu.
Apa Perlu Dilakukan?
Untuk memastikan masa depan lebih baik bagi peneroka Felda dan masa depan yang lebih cerah bagi generasi kedua dan ketiga peneroka Felda, beberapa langkah perlu dan boleh diambil. Antaranya ialah:
a) Membuka semula rancangan tanah Felda mengikut konsep asalnya, tetapi tanpa merosakkan alam sekitar, dengan tujuan memberi peluang terutama sekali kepada generasi kedua dan ketiga yang tidak bertanah atau tiada pekerjaan mengatasi kemiskinan.
b) Menggalakkan dan membuka peluang seluas mungkin kepada generasi kedua dan ketiga yang mempunyai kelayakan atau kelulusan, terutama yang telah menerima biasiswa dari FELDA Holdings, untuk menjadi pegawai dalam syarikat gergasi itu serta anak-anak syarikatnya.
c) Memberikan peluang luas, galakan kuat dan insentif serta syarat perkhidmatan yang baik untuk menarik anak-anak muda dari generasi kedua dan ketiga bekerja dalam ladang-ladang Felda Plantations dalam bentuk yang ada sekarang.
d) Membuka pelbagai pusat latihan serta kemahiran (seperti vokasional) yang terbuka lebih ramai (tetapi tidak eksklusif) kepada anak-anak muda generasi kedua dan ketiga bagi meningkatkan taraf kebolehan dan kemahiran mereka.
e) Mengkaji semula hutang dengan tujuan menghapuskan hutang besar dengan bunga tinggi yang dibebankan ke atas peneroka’
f) Mengubah pendekatan dan sistem perladangan Felda supaya keuntungan besar yang diperolehi FELDA Holdings serta anak-anak syarikatnya dapat diagihkan secara adil untuk memberi faedah dan kebajikan lebih besar kepada petani-peneroka umumnya.
Perlunya Penyusunan Semula
Perkara (f) di atas perlu dibincang dengan lebih lanjut lagi.
Sebagaimana yang sudah diterangkan, FELDA Holdings dan anak-anak syarikatnya seperti Felda Plantations dan Felda Technoplant merupakan syarikat-syarikat berorientasi komersil yang berasaskan sistem kapitalis. Tujuan utamanya ialah untuk memaximakan keuntungan.
Untuk mencapai tujuan ini tidak hairanlah jikalau mereka sampai tergamak melakukan penindasan ke atas peneroka yang menyertainya. Misalannya, mereka memberikan pendapatan yang rendah kepada peneroka, membelenggukan mereka dengan hutang yang agak kadar faedahnya ( 6.25 peratus), dan mengenakan bayaran lain, seperti untuk khidmat nasihat.
Sekali-sekala, khususnya berdekatan hari perayaan atau pilihanraya diadakan upacara-upacara memberikan “wang hadiah” kepada para peneroka. Para pembesar, termasuk Perdana Menteri menyampaikannya. Acapkali pemberian ini diwar-warkan sebagai langkah kerajaan yang dikatakan prihatin terhadap nasib rakyat.
Wang hadiah itu sering diumumkan sebagai wang dari kerajaan. Akan tetapi, sebenarnya ia datang, atara lainnya dari tanah kepunyaan peneroka sendiri, yang sudah dikawal oleh FELDA Holdings melalui Felda Plantations. Sebenarnya wang hadiah itu lebih kecil daripada jumlah yang sewajarnya boleh dan harus diterima oleh peneroka.
Ramai yang menganggap struktur syarikat yang wujud tidak memberikan faedah serta kebjikan sewajarnya kepada petani-peneroka. Untuk meningkatkan setinggi-tingginya faedah serta kebajikan itu mereka berpendapat perubahan atau penyusunan semula perlu dilakukan ke atas syarikat, dari segi falsafah, pendekatan, struktur dan organisasi.
Dalam hal ini mereka mengemukakan pandangan berbeza yang boleh dirumuskan kepada tiga jenis alternatif.
Alternatif A: Mengagih semula keuntungan yang diperolehi FELDA Holdings untuk faedah dan kebajikan petani-peneroka. Seperti yang telah disebut lebih awal, keuntungan syarikat bagi tahun 2008 melebihi RM800 juta. Kita belum melihat atau mengetahui laporan yang menunjukkan siapa atau golongan mana yang mendapat bahagian terbesar dari keuntungan ini.
Yang dicadangkan untuk Alternatif A ini ialah supaya sebahagian besar keuntungan syarikat diagihkan kepada petani-peneroka dengan menaikkan pendapatan mereka. Selain itu hendaklah digunakan juga keuntungan itu bagi membina pusat-pusat latihan kemahiran dan juga memberi lebih banyak bantuan (ditambah dengan subsidi dari Kerajaan) untuk pendidikan dan kesihatan bagi anak-anak petani-peneroka yang layak.
Alternatif B: Memecah-mecahkan semula semua tanah ladang yang dibuka dan dikelola oleh Felda Plantations kepada lot-lot seluas 10 ekar. Kemudian mengagihkannya kembali kepada generasi kedua serta ketiga yang tidak mempunyai tanah atau pekerjaan dan juga kepada petani yang ketiadaan atau kekurangan tanah di luar rancangan Felda.
Dengan Alternatif B ini bererti konsep pengurusan tanah secara perladangan a la Felda Plantations perlu diberhentikan dan kembali semula kepada pengagihan dan pengurusan tanah mengikut rancangan tanah yang asal. Dikatakan bahawa jikalau cara ini dilaksanakan maka kira-kira 80,000 peneroka baru (beserta keluarga mereka) boleh medapat faedah daripada ladang-ladang yang dipecah dan diagihkan.
Alternatif C: Menukar cara pengurusan semua syarikat yang terlibat kepada cara yang berasaskan prinsip kooperasi. Sehubungan ini peneroka dan juga pekerja syarikat hendaklah dijadikan sebagai pemegang saham dalam usaha koperasi yang besar. Semua urusan kerja seperti membeli benih, menanam semula, mengilang biji sawit, memasarkan minyak sawit dan sebagainya hendaklah dilakukan atas asas kooperasi.
Di sini kita lihat asas falasafah dan pendekatan menyelenggara syarikat dan menjalankan aktivitinya perlu dirombak sama sekali. Ada kemungkinan bahawa struktur dan organisasi syarikat-syarikat tidak begitu banyak perlu diubah.
Pada masa ini FELDA Holdings dimiliki seperti berikut;
51 peratus oleh Kooperasi Permodalan Felda (KPF)
49 peratus oleh peneroka Felda (yang telah diserap)
01 peratus Saham Emas (Golden Share) oleh Kementerian Kewangan.
Walaupun angka di atas menunjukkan modal terbesar syarikat dimiliki oleh badan yang dinamakan koperasi namun syarikat itu tidak kelihatan sama sekali mengamalkan prinsip kooperasi dalam urusannya.
Perubahan dan penyusunan semula yang besar memang diperlukan untuk membantu golongan rakyat miskin, terpinggir dan berpendapatan rendah. Lebih banyak yang diperlukan daripada hanya dalam proses perubahan dan penyusunan semula itu.
Berhubung dengan FELDA Holdings serta anak-anak syarikatnya, perubahan mengikut tiga Alternatif di atas merupakan cabaran sangat besar. Pada peringkat akhir Kerajaan mempunyai kuasa penentu ke atas Felda Holdings dan segala perubahan dan penyusunan semula yang hendak dilakukan. Ini dilambangkan oleh Saham Emas yang dimiliki Kerajaan.
Jikalau ada perubahan atau penyusunan semula hendak dilakukan dengan jaya, ia memerlukan keazaman politik (political will) terutama sekali di kalangan pihak yang mempunyai kuasa. Dalam keadaan sekarang ini, dengan kepentingan mereka serta kroni-kroni mereka, saya tidak nampak bagaimana pemimpin-pemimpin besarnya boleh menyetujui ketiga-tiga Alternatif yang dirumuskan.
Namun demikian para peneroka yang prihatin, seperti saudara-saudara yang hadir dalam Konvensyen bersejarah ini, harus mengkaji dengan terperinci setiap Alternatif. Kita mesti meneliti masalah-masalah dan kepentingan golongan apa yang harus diatasi. Kita mesti mengkaji cara-cara untuk mengatasinya. Kita mesti putuskan Alternatif mana yang terbaik.
Kita berharap Insha Allah akan berlaku pertukaran pemerintahan di negara ini kepada yang lebih peduli akan nasib rakyat yang lemah. Apabila ini berlaku, kita harap juga para peneroka sudah bersedia dengan apakah pilihan yang terbaik untuk faedah, kebajikan dan kepentingan mereka. Ini boleh dijadikan agenda perjuangan mereka untuk masa kini dan akan datang.
Konvensyen Peneroka, Jerantut
20hb Februari 2010
Thursday, February 18, 2010
PANTUN
Pantun merupakan puisi berangkap tradisional yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam apa-apa jua majlis. Penggunaan pantun dalam sesuatu majlis dapat mengukuhkan penyampaian hasrat dan buah fikiran seseorang pengacara majlis. Bahasanya yang indah, lembut dan tersusun mampu menyentuh dan mencuit perasaan hadirin. Penggunaan pantun dalam teks pengacara majlis pastinya menimbulkan pelbagai perasaan dalam kalangan hadirin mengikut atur cara sesuatu majlis. Jadi, penggunaan pantun dalam teks pengacara majlis sudah tentu dapat menarik perhatian dan tumpuan hadirin agar terus bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan jayanya.
Oleh sebab pantun begitu berkuasa dalam mengindah dan membangkitkan perasaan hadirin, maka dalam pasaran sekarang terdapat banyak buku pantun. Namun, buku pantun yang diterbitkan acapkali menjurus kepada jenis majlis. Hal ini banyak menyebabkan orang bertanya kepada saya tentang pantun yang sesuai untuk apa-apa jua jenis majlis dan tidak terhad kepada majlis-majlis tertentu. Persoalan yang dilontarkan kepada saya ini menerbitkan idea kepada saya untuk menulis buku aneka contoh pantun pilihan mengikut atur cara majlis.
Konsep buku ini sebenarnya bukan sahaja memudahkan pengacara majlis tetapi juga memudahkan sesiapa sahaja yang berminat dalam penulisan teks pengacara majlis atau baru berjinak-jinak untuk menjadi pengacara majlis untuk memasukkan contoh pantun pilihan sedia ada atau mengolah pantun yang diberikan mengikut kesesuaian majlis dan acara yang dikendalikan. Jadi, buku ini ditulis untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang pantun yang sesuai mengikut atur cara.
Terdapat enam bahagian dalam buku ini, iaitu:
Bahagian I – Asal Usul Pantun
Bahagian II – Fungsi Pantun
Bahagian III – Teknik Penciptaan Pantun
Bahagian IV – Senarai Kata Berima (Pembayang)
Bahagian V – Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis
Bahagian VI – Pantun Untuk Atur Cara-atur Cara Lain
Bahagian I menyatakan maksud dan asal usul pantun Melayu secara ringkas.
Bahagian II menyentuh fungsi pantun. Bahagian ini dipecahkan kepada dua, iaitu fungsi pantun dalam masyarakat Melayu pada zaman dahulu dan fungsi pantun dalam teks pengacara majlis.
Dalam bahagian III pula, diberikan panduan untuk mencipta pantun mengikut langkah demi langkah. Dalam bahagian ini juga diberikan penjelasan tentang ciri-ciri pantun empat kerat untuk memudahkan pembaca mencipta pantun.
Dalam bahagian IV, diberikan senarai kata berima yang dapat digunakan dalam mencipta pembayang pantun.
Dalam bahagian V, dimuatkan aneka contoh pantun pilihan mengikut atur cara majlis yang boleh diubah suai mengikut selera pengacara majlis. Buku ini menyajikan 11 jenis pantun mengikut atur cara majlis yang kerap diadakan dalam sesuatu majlis rasmi, iaitu:
Pantun Memulakan Majlis
Pantun Bacaan Doa
Pantun Mempersilakan Tamu Memberikan Ucapan
Pantun Ucapan Terima Kasih
Pantun Persembahan/ Selingan
Pantun Mempersilakan Tetamu Menjamu Selera
Pantun Sebelum dan Selepas Penyampaian Hadiah/Cabutan Bertuah/Cenderamata
Pantun Meredakan Debaran
Pantun Sebelum dan Selepas Gimik
Pantun Memohon Maaf
Pantun Penutup Majlis
Akhir sekali, bahagian VI mempersembahkan pantun untuk atur cara-atur cara lain yang mungkin tidak disentuh secara spesifik dalam bahagian V.
Diharapkan buku ini dapat mencetuskan idea dan membantu para pengacara majlis atau bakal pengacara majlis untuk mengindahkan teks pengacaraan agar majlis rasmi yang dikendalikan tidak terlalu dilihat seperti majlis pengumuman semata-mata.
Kandungan
SEKAPUR SIRIH
1.0 Asal Usul Pantun
2.0 Fungsi Pantun
2.1 Fungsi Pantun Dalam Masyarakat Melayu
2.2 Fungsi Pantun Dalam Teks Pengacara Majlis
3.0 Teknik Penciptaan Pantun
3.1 Ciri Pantun
3.2 Teknik Mencipta Pantun
4.0 Senarai Kata Berima (Pembayang)
5.0 Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis
5.1 Pantun Memulakan Majlis
5.1.1 Untuk Menarik Perhatian
5.1.2 Alu-aluan Selamat Datang
Hadirin
Tamu Kehormat
5.2 Pantun Bacaan Doa
5.2.1 Majlis Rasmi/Tidak Rasmi
5.2.2 Majlis Perkahwinan
5.3 Pantun Mempersilakan Tamu Memberikan Ucapan
5.3.1 Ucapan Alu-aluan
5.3.2 Ucapan Perasmian
5.4 Pantun Ucapan Terima Kasih
5.4.1 Kesudian Bersama
5.4.2 Selepas Memberikan Ucapan/Amanat/ Perasmian
5.4.3 Selepas Memberikan Sumbangan
5.5 Pantun Persembahan/ Selingan
5.5.1 Nyanyian/Koir
5.5.2 Tarian
5.5.3 Multimedia
5.5.4 Pelbagai Persembahan
5.6 Pantun Mempersilakan Tetamu Menjamu Selera
5.6.1 Jamuan
5.6.2 Makan Beradab
5.7 Pantun Acara Sebelum dan Selepas Penyampaian Hadiah/Cabutan Bertuah/Cenderamata
5.7.1 Hadiah Pertandingan
5.7.2 Cabutan Bertuah
5.7.3 Cenderamata
5.8 Pantun Meredakan Debaran
5.8.1 Pertandingan
5.8.2 Cabutan Bertuah
5.9 Pantun Sebelum dan Selepas Gimik
5.9.1 Sebelum Gimik
5.9.2 Selepas Gimik
5.10 Pantun Memohon Maaf
5.10.1 Keterlanjuran Berbicara/Kelakuan
5.10.2 Cacat Cela Majlis
5.10.3 Mengusik
5.11 Pantun Penutup Majlis
6.0 Pantun Untuk Atur Cara-atur Cara Lain
6.1 Mohon Restu
6.2 Selepas Perkongsian Ilmu
6.3 Perarakan Masuk
6.4 Bacaan Ikrar
6.5 Berbentuk Pertandingan
6.6 Merisik dan Meminang
6.7 Pertunangan
6.8 Akad Nikah
6.9 Malam Berinai Besar
6.10 Ketibaan Pengantin
6.11 Membayar Cukai
6.12 Persandingan
6.13 Menepung Tawar
6.14 Berkaitan Dengan Majlis Perpisahan
6.15 Berkaitan Dengan Majlis Berendoi
6.16 Berkaitan Dengan Majlis Ulang Tahun Perkahwinan
6.17 Berkaitan Dengan Majlis Sambutan Merdeka
6.18 Berkaitan Dengan Majlis Sambutan Hari Guru
6.19 Berkaitan Dengan Majlis Rumah Terbuka
6.20 Berkaitan Dengan Hari Membaca
6.21 Berkaitan Dengan Hari Dadah
6.22 Berkaitan Dengan Hari Ibu
6.23 Berkaitan Dengan Hari Keluarga
PENUTUP
*Petikan daripada Bahagian II
Fungsi pantun dalam masyarakat Melayu
Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai. Diingatkan di sini, seseorang yang akan menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar. Sesungguhnya, Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi.
2.1.1 Untuk mendidik
Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang ‘makan garam’ terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;
Air melurut di tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik. Pantun agama yang dicipta selalunya memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;
Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.
TIPS INDIVIDU BERJAYA
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).
(Surah al-Mukminun)
Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.
Teknik perlaksanaan:
Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.
Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.
Teknik perlaksanaan:
Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
Mengawal diri untuk berbicara.
Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
Berdiam ketika perlu.
Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
Jika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.
Sifat Ketiga:
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.
Teknik perlaksanaan:
Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
Membantu secara sukarela tanpa diminta.
Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.
Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan) .
Teknik perlaksanaan:
Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.
Sifat Kelima:
Menjaga amanah.
Teknik perlaksanaan:
Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.
Perkara-perkara tuntutan amanah:
Perkara fardhu dalam agama.
Penempatan orang-orang Islam.
Anggota badan.
Waktu.
Ilmu.
Harta.
Barang titipan.
Rahsia orang lain.
Tugas dan jawatan.
Perkara yang diminta untuk dibincangkan.
Sifat Keenam:
Setia pada janji.
Teknik perlaksanaan:
Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.
Sifat Ketujuh:
Tetap memelihara sembahyang.
Teknik perlaksanaan:
Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.
ASAL USUL SOLAT
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .
Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.
Allah Maha Besar (Takbiratulihram)
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk
tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian..
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah..
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah,
berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... . kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
KEPERIBADIAN MUSLIM
1. Mereka yang apabila disebut nama ALLAH dan sifat2nya gementarlah hati mereka.
2. Mereka yang apabila dibacakan kepadanya ayat2 ALLAH (al_QURAN) menjadikan mereka bertambah iman.
3. Mereka yang kepada ALLAH sajalah tempat bertawakkal dan berserah.
4. Mereka yang mendirikan solat.
5. Mereka yang membelanjakan sebahagian daripada hartanya ke jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
Berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 2,3 dan 4. Maksudnya :
“Sesungguhnya orang2 yang beriman itu (yang sempurna iman) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah dan sifat2nya gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2 Allah menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah, orang2 yang mendirikan solat dan mendermakan sebahagian dari apa Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang2 yang beriman dengan sebenar2nya. Mereka akan mendapat pangkat2 yang tinggi disisi Allah dan keampunan serta limpah kurnianya yang mulia (di SYURGA)”.
6. Memiliki ilmu pengetahuan yang cukup khususnya ilmu agama.
Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang berkehendakkan dunia(kebahagiaan/ kesenangan) maka hendaklah mereka memiliki ilmu pengetahuan dan barangsiapa yang berkehendakkan akhirat (kebahagiaan/ kesenangan/ keamanan) maka hendaklah mereka memiliki ilmu pengetahuan dan barangsiapa yang berkehendakkan kedua2nya maka hendaklah juga mereka memiliki ilmu pengetahuan”.
7. Bimbingan dan didikan agar setiap muslimin dan muslimah itu cekap, cergas dan mampu melaksanakan ajaran Islam mengikut ajaran dan perinsip sebenarnya dengan lain perkataan mereka yang mempunyai akhlak dan peribadi yang mulia dan terpuji.
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang apabila membuat pekerjaan, dilakukan dengan bersungguh2 (tekun, amanah, bijaksana, ikhlas dan penuh disiplin)”.
Kesimpulannya ruh Islam (semangat Islam) dan keperibadian Islam itu hendaklah memancar dan bersinar di dalam sikap, akhlak tikahlaku dan tindak tanduk setiap muslimin dan muslimah dengan cara sedemikian insyaAllah akan terjelma dan lahirlah muslimin dan muslimah yang sejati.
Contoh keperibadian seorang muslimah
Khadijah binti Khuwalid
"WANITA penghuni syurga yang paling mulia ada empat orang, iaitu Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiyah isteri Firaun," sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abbas.
Terdapat ramai wanita utama di dunia ini, tetapi mengapa Allah memilih empat peribadi ini? Apa keistimewaan mereka? Ternyata mereka mewakili keempat ciri keperibadian seorang wanita yang wajar mendapat penghargaan, malah oleh masyarakat moden seumpama hari ini.
Tentang keutamaan Khadijah di sisi Allah, sememangnya tidak perlu diragukan lagi. Beliau adalah manusia pertama yang mengakui kenabian Muhammad s.a.w. Ia merelakan seluruh hartanya yang berlimpah ruah digunakan untuk menegakkan syiar Islam. Ia juga membaktikan jiwa dan raganya, sehingga Allah mentakdirkan ia meninggal di tanpa sempat menikmati sinar-sinar kejayaan Islam. Dari celah-celah kisah hidupnya yang amat mulia itu, kita akan menjumpai satu keperibadian yang jarang dimiliki oleh kaum wanita.
1. Tokoh Masyarakat
Ia disunting pertama kalinya oleh 'Atiq bin 'Abid. Apabila suami meninggal dunia, ia kemudian menikah dengan Abu Halah. Tetapi sekali lagi terpaksa menjanda apabila suaminya ini juga meninggal. Setelah itu ramai tokoh masyarakat Quraisy yang datang melamar, namun semua ditolaknya secara halus. Kedudukannya di tengah masyarakat Quraisy sememangnya amat dihormati. Ini bukan disebabkan oleh keturunan atau harta, melainkan kerana keperibadian dan budi pekertinya yang luhur. Ia bahkan dikenali dengan panggilan "at-Thahirah" , yang bermaksud Wanita Suci.
2. Gigih Bekerja
Masyarakat mengenali Khadijah sebagai usahawan yang berjaya. Selain memiliki hamba laki-laki dan perempuan, Khadijah juga mempunyai ramai pekerja yang bertugas untuk menjualkan barang-barang dagangannya ke luar negara. Apakah kejayaan itu ia peroleh dengan cara mudah? Tentu sahaja tidak. Sebagaimana peniaga lain yang terpaksa melakukan perjalanan jauh mencari barang-barang yang bermutu untuk diperniagakan, maka Khadijah juga melakukan hal yang serupa. Selain cekap menghidu peluang, peniaga juga perlu pandai menjalin kerjasama dengan kakitangan mahupun pelanggan.
3. Berani dan mempunyai keyakinan diri
Sebagai isteri, Khadijah memberikan sokongan penuh kepada Muhammad untuk menempuh jalan kebenaran, sekalipun terpaksa melawan arus dan adat resam. Tindakan suaminya untuk menyendiri ke gua Hira' misalnya, termasuk tindakan sangat aneh dan boleh dianggap tidak mendatangkan manfaat dari segi nilai ekonomi. Apa rasionalnya seseorang meninggalkan kehidupan yang tenteram bersama anak isteri dengan harta yang berlimpah, kemudian mengasingkan diri di sebuah gua di puncak bukit di tengah padang pasir yang tidak berpenghuni selama berhari-hari. Tetapi tanpa berasa khuatir tentang ejekan orang lain, Khadijah dengan setia menguruskan keperluan suaminya selama berkhalwat di gua Hira'. Jika bekalan habis, Khadijah akan menghantarkan tambahannya, dan ia terpaksa mendaki bukit yang terjal yang miringnya hampir 45 darjat. Malah ada kalanya Khadijah menemani suaminya dengan mendirikan khemah tidak jauh dari gua tersebut. Khadijah melakukan semuanya itu hanya dengan satu tujuan; mencari kebenaran yang secara logiknya mustahil dijumpai tengah-tengah bangsa mereka yang jahiliah itu. Satu hasrat yang tak mudah difahami orang lain, namun Khadijah berani menghadapinya!
4. Tempat Mengadu
Usia dan pengalaman hidup menjadi pendorong sikap penyantun dan watak keibuan dalam dirinya. Ketika menikah dengan Muhammad ia usianya 15 tahun lebih tua, dan telah menikah dua kali serta mempunyai anak. Secara psikologi, keperibadiannya yang keibuan dan penyantun itu memancarkan sifat keibuan yang tidak diperoleh secara sempurna oleh Muhammad selama hidupnya. Secara fizikal dan psikologi Khadijah memang memiliki banyak kelebihan. Keadaan ini terpancar semasa Muhammad mengalami kejutan kerana datangnya wahyu. Khadijah justeru bertindak sebagai penyelamat yang menguatkan semangat Rasulullah. Bagaimanapun sebagai isteri solehah, ia tetap bersikap taat pada keputusan-keputusan suaminya dalam urusan rumah tangga mereka.
Keperibadian Khadijah adalah keperibadian yang sewajarnya ada pada setiap kaum Muslimah yang akan membawa pemiliknya menuju syurga, sekiranya dimanfaatkan dengan baik. Dunia Islam hari ini memerlukan watak-watak seumpama ini bagi membolehkan muslimah yang aktif dan dinamik mewarnai masyarakat Islam hari ini.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
MUSLIMAH SEJATI
Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti. Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman. Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang. Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.
WANITA YANG DIKASIHI
Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang. Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.
Peribadi Muslim
Yang dimaksudkan dengan peribadi ialah manusia itu sendiri dengan fizikalnya, mentalnya, spiritualnya dan juga akhlaqnya yang berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Dalam tajuk ini tidak akan dihuraikan tentang huraian peribadi secara perbincangan- perbincangan ahli-ahli falsafah dalam ilmu jiwa, tetapi akan diperkatakan pembentukan peribadi Muslim seperti tajuk ini hasil sedutan daripada kitab-kitab para Mujahid Islam yang banyak berjihad dan berkorban untuk Islam.
Peribadi Muslim tidak pernah terkenal dan tidak pernah bersinar di kalangan masyarakat manusia kecuali ianya dibina di atas Tauhid keImanan kepada Allah s.w.t. Peribadi yang tinggi dan mulia ini telah pernah lahir pada suatu kumpulan yang terkenal dengan panggilan Generasi Al Quran Yang Unik (Jillun Qur’anun Farid).
Iaitu generasi sahabat awwalun (pertama) yang dididik, diasuh dan dipimpin sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda. Generasi yang menjalani latihan Tauhid dan Keimanan kepada Allah s.w.t dan kepada prinsip-prinsip keImanan yang lain selama lebih kurang 13 tahun secara praktiknya. Generasi yang menjalani proses keImanan yang mentauhidkan Allah s.w.t dalam ertikata yang sebenar-benarnya, memenuhi sifat-sifat Uluhiyyah dan Rububiyyah dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya. Generasi yang ada suatu ketika dahulu, ketika menjalani latihan Tauhid telah diazab dengan berbagai azab dan siksaan serta gangguan malah secara bersatgu semua tenaga Jahiliyyah bagi menghalang dan menghapuskan Nur Iman sebagai asas pembentukan peribadi yang kian hari semakin bersinar dan meningkat dalam usaha pembentukannya. Itu tidak dapat menyekat kemaraannya. Firman Allah s.w.t :
Terjemahannya : “Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai “( Surah at Taubah : 32 )
Dari latihan, didikan serta pimpinan junjungan kita Muhammad s.a.w yang berpandukan wahyu Allah s.w.t, al Quran al Karim sebagai sumber pembentukan, maka terbentuklah keperibadian Muslim pada kumpulan pertama para pemuda Quraisy. Kumpulan yang telah dilatih dan dididik sebagai jiwa tauhid tersebut telah tidak lagi terpengaruh atau dipengaruhi oleh nilai tamakkan dunia. Malah cita-cita memenangi keredhaan Allah s.w.t semata-mata. Kumpulan ketika mana mendengar panggilan Iman kepada Allah s.w.t dan kepada Rasul Nya, mereka merasakan kehidupan Jahiliyyah sudah tiada nilai lagi dan tidak lagi memberi kesan terhadap mereka. Jiwa mereka memberontak ketika berada di dalam cengkaman Jahiliyyah. Jiwa mereka tidak sabar-sabar lagi untuk pergi menyahut panggilan Iman kepada Allah s.w.t dan Rasul Nya. Setelah keyakinan tauhid benar-benar menguasai jiwa mereka, mereka terus menghulurkan tangan untuk mengikat janji setia dan penyerahan sepenuhnya dengan lafaz:- “Aku bersaksi bahawa Tiada Illah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah “
Mereka menyerah jiwa raga mereka di bawah perintah Rasulullah s.a.w pada hal mereka mengetahui benar bahawa jiwa mereka diancam, hidup mereka tergugat dan mereka akan menghadapi berbagai kesulitan dan kesusahan untuk sampai kepada matlamat tersebut. Tetapi kumpulan yang dididik dan diasuh oleh Rasulullah s.a.w dengan al Quran al Karim ini memahami dan menyakini akan realiti tersebut. Firman Allah s.w.t :
Terjemahannya : “ Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi ?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta . " ( Surah al’Ankabut : 1-3 )
Dan dalam firmanNya yang lain;
Terjemahannya : “ Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan ) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu ?. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan ( dengan bermacam-macam cubaan ) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman : Bilakah datangnya pertolongan Allah ?. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. " (Surah al Baqarah : 214 )
Segala kesulitan, kesusahan dan pahit getir perjuangan dan jihad di Jalan Allah s.w.t yang mereka tempuhi itu tidak sesekali melemahkan Iman mereka. Malah Iman mereka kian bertambah yakin dan bertambah tabah menghadapi apa yang mereka sifatkan sebagai ujian dari Allah s.w.t. Ini dapat dilihat di dalam al Quran al Karim di dalam firman Allah s.w.t:
Terjemahannya: - “ Dan tatkala orang-orang mu’min melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata : Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya kepada kita. Dan benarlah Allah dan Rasul Nya . Dan yang demikian itu tidaklah menambahkan kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. “( Surah al Ahzab : 22 )
Begitulah Rasulullah s.a.w mengasuh jiwa mereka dengan al Quran al Karim, mendidik hati nurani mereka dengan Iman, mengajak mereka patuhj kepada Allah dalam melaksanakan segala kewajipan yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. Dengan didikan demikian maka kian bertambah tinggilah jiwa dan hati mereka, kita bertambah luhurlah akhlaq mereka dan kian bertambah bebaslah mereka dari kekuasaan kebendaan dan rintihan hawa nafsu yang menyesatkan dan terpancarlah rasa cintakan Allah s.w.t, Pencipta langit dan bumi serta segala sesuatu yang berada di dalamnya. Rasulullah s.a.w juga mengajar mereka bersabar menghadapi kesusahan, mengajar mereka mengawal jiwa mereka yang pernah benar terlatih dengan peperangan semasa Jahiliyyah seolah-olah mereka dilahirkan bersama-sama peralatan senjata. Mereka dhidup di zaman yang tidak pernah sunyi daripada peperangan dan pertumpahan darah, seperti peperangan Basus, Dahit dan peperangan Ghabra. Begitu juga dengan peperangan al Fijar belum lagi sejuk dan masih terasa bahangnya. Tetapi Rasulullah s.a.w melalui asuhan dan didikan al Quran al Karim mengikut proses yang ditentukan oleh Allah s.w.t membendung jiwa peperangan dan semangat kebangsaan dengan arahan baginda yang bermaksud : “Hentikanlah kekerasan dan dirikan solah “
Maka secara patuh mereka menghentikan peperangan dan kekerasan serta bersabar dalam menghadapi siksaan Kuffar Quraisy. Ini bukanlah kerana lemah dan takut. Sejarah tidak pernah mencatatkan bahawa seseorang Muslim di tahap Makkah pernah mempertahankan diri dari kezaliman Quraisy dengan senjata meskipun ia berkemampuan untuk berbuat demikian.
Inilah suatu sifat kepatuhan dan ketaatan kepada kepimpinan hasil daripada pembentukan Rasulullah s.a.w mengikut proses yang ditentukan oleh Allah s.w.t yang tidak ada tolok bandingnya di dalam sejarah kemanusiaan.
Dengan roh tauhid dan keImanan, dengan pengajaran Nabi yang sempurna, dengan pendidikan yang teliti dan bijaksana, dengan peribadi Rasulullah s.a.w yang luarbiasa dan dengan Kitab suci al Quran al Karim yang dipenuhi dengan mukjizat, maka Rasulullah s.a.w dapat membangunkan kehidupan yang baru kepada Generasi Pertama dahulu dan mengangkat kembali nilai kemanusiaan yang hampir musnah. Kemudian Rasulullah s.a.w meletakkan di tempat yang sewajarnya untuk mengisi hidup baru kepada kemanusiaan.
Hasil dari usaha-usaha Rasulullah s.a.w yang gigih lahirlah peribadi Muslim seperti Abu Bakr as Siddiq yang terkumpul padanya sifat-sifat terpuji. Orang dahulunya tidak pernah menyangka dan tidak pernah disangka akan menjadi orang yang pertama meneruskan amanah Allah s.w.t yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk memimpin manusia ini ke matlamat yang suci murni. Lahir juga peribadi Muslim seperti ‘Umar al Khattab yang dahulunya mengembala unta bapanya, al Khattab, meskipun padanya terdapat sifat-sifat tegas dan berani tetapi tidak pernah menyediakan tapak untuk meletakkan ke tempat yang tinggi dan tiada siapa yang menyangka dengan pimpinan dan didikan baginda Rasulullah s.a.w tiba-tiba ‘Umar muncul menggemparkan alam ketika itu dengan kepintaran dan ketegasannya serta keberaniannya dapat merobohkan singgahsana Kaisar Romawi. Kemudian dapat menegakkan di atas keruntuhan untuk pemerintahan Islam yang dapat mengatasi Romawi dan Farsi di segi pentadbiran dan peraturan dan ditambah pula dengan sifat-sifat wara’, taqwa, tegas dan adil yang menjadi contoh teladan zaman berzaman.
Juga lahir peribadi-peribadi seperti ‘Ali bin Abi Talib, ‘Aisyah, Ibn Mas’ud, Ibn ‘Abbas, Ibn ‘Umar, Zaid bin Thabit, sebagai tokoh-tokoh ulama yang tiada bandingannya dari dahulu hingga sekarang dan mungkin juga di masa akan datang. Mereka ini adalah hasil daripada latihan dan didikan Madrasah Rasulullah s.a.w, maka terpancarlah ilmu pengetahuan daripada tokoh-tokoh tersebut dan kata-kata hikmat lahir daripada mulut-mulut mereka. Mereka bercakap maka seluruh zaman akan terdiam danmereka berkhutbah maka seluruh zaman menunggu-nunggu untuk merakamnya.
Dengan itu lahirlah kumpulan Islam hasil dari didikan Rasulullah s.a.w yang berasaskan Tauhid dan kemampuan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan hasi dari pengajian mereka dari sumber al Quran al Karim dan as Sunnah an Nabawiyyah untuk mengepalai dan memimpin manusia ke arah kebaikan yang abadi. Inilah satu revolusi pembentukan peribadi yang luarbiasa dan satu-satunya yang pernah berlaku di dalam sejarah kemanusiaan dan hingga kini revolusi seumpama itu berulang kembali. Revolusi yang menghasilkan kumpulan Mu’min sejati tampil mengepalai kepimpinan alam ke arah kesejahteraan dengan sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan mulia bagi menjamin kesejahteraan dan kejayaan manusia di bawah kepimpinan tersebut.
Sifat-sifat Peribadi Muslim
a. Mereka itu adalah kumpulan pertama atau lebih dikenali sebagai Generasi Al Quran, pendokong kitab suci al Quan al Karim dan Syari’at Allah s.w.t. Mereka itu tidak mencipta undang-undang atau menggubal perlembagaan hidup mengikut kehendak jiwa mereka sendiri. Mereka faham bahawa jiwa tanpa hidayat Islam adalah sumber kejahilan, kesesatan dan kezaliman. Mereka tidak secara teraba-raba memilih jalan hidup mereka dan corak pergaulan mereka. Mereka telah menerima cahaya daripada Allah s.w.t bagi menerangi jalan hidup mereka di kalangan masyarakat manusia, bagi membetul dan memandu manusia ke arah yang selamat. Firman Allah s.w.t :
Terjemahannya : “ Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-sekali tidak dapat keluar daripada nya?. Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan" .( Surah al An’am : 122 )
b. Mereka tidak memegang kuasa memerintah atau memimpin tanpa menjalani latihan akhlaq dan didikan jiwa. Mereka menghabiskan masa yang panjang menjalani didikan junjungan Muhammad s.a.w, di bawah perhatian baginda yang teliti hingga lahirlah pada peribadi mereka sifat-sifat Zuhud, Wara’, ‘Afah, Amanah, tidak mementingkan diri sendiri, takutkan Allah s.w.t , tidak tamak dan tidak terlalu ghairah terhadap kuasa. Sabda Rasulullahs. a.w yang bermaksud : “Kami demi Allah tidak akan memilih sebagai pemerintah orang yang memintanya atau orang yang terlalu ingin kepadanya . “ Mereka tidak berebut-rebut kepada jawatan tetapi sebaliknya mereka merasa berat menerimanya apabila dilantik, apatah lagi mencalunkan diri mereka untuk jawatan tertentu dan berkempen, berdi’ayah dan membelanjakan wang yang banyak bagi memenangi jawatan tersebut. Apabila mereka dilantik memegang sesuatu jawatan mereka tidak menganggapnya sebagai suatu sumber kekayaan atau keuntungan, tetapi mereka menganggap sebagai suatu amanah yang terpikul di atas bahu mereka atau sebagai ujian daripada Allah s.w.t. Mereka sedar mereka bertanggungjawab di hadapan Allah s.w.t dari sebesar-besar pekerjaan hingga sekecil-kecilnya. Mereka sentiasa mengingati pesanan Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim :
Terjemahannya : “Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang “( Surah al An’aam : 165 )
c. Mereka faham benar bahawa mereka bukan berkhidmat kepada bangsa semata-mata, mereka bukan utusan bangsa dan negara, berusaha untuk kesenangan dan muslihat bangsa dan negara semata-mata. Mereka faham bahawa mereka bukan dilahirkan untuk mengasaskan Empayar ‘Arab untuk menekmati segala kemewahannya dan bermegah dengan kearabannya atau lahir untuk melepaskan manusia daripada pemerintahan Romawi dan Farsi dengan kekuasaan Arab dan pemerintahan mereka. Tetapi tugas mereka ialah untuk mengeluarkan manusia dari beribadah kepada sesama manusia kepada berubudiyyah kepada Allah s.w.t semata-mata sepertimana yang telah ditegaskan oleh Rabi’ bin ‘Amir utusan tentara Islam kepada Yazdjir yang bermaksud : “Allah s.w.t mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari beribadah kepada manusia kepada beribadah kepada Allah s.w.t semata-mata dan mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia ini kepada yang lebih luas lagi dan mengeluarkan manusia daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam “ Nilai bangsa-bangsa adalah sama sahaja pada mereka. Yang lebih tinggi pada mereka ialah nilai Taqwa kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :
Terjemahannya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakankamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenak mengenal, Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal “( Surah al Hujuraat : 13 )
Sayyidina ‘Umar al Khattab semasa memerintah beliau berkata kepada ‘Amru al As manakala mendapat tahu bahawa anak ‘Amru memukul seorang warga negara Mesir serta bermegah dengan pangkat dan kebesaran bapanya, maka ‘Umar terus bertindak menghukum ‘Amru dan anaknya sekali seraya berkata yang bermaksud :- “ Bilakah kamu mula memperhambakan manusia sedangkan mereka diperanakkan oleh ibu-ibu mereka di dalam keadaan merdeka . “
d. Mereka faham bahawa manusia ini terdiri dari jasmani dan rohani, terdiri dari hati, aqal, perasaan dan juga anggota lahir yang lain. Manusia tidak akan merasa dbahagia, berjaya dan maju secara adil dan saksama selama mana dia tidak diberi bimbingan dan asuhan yang sewajarnya mengikut nilai-nilai Islam yang sewajarnya.
No one ever thinks about the characteristics of a Muslim husband. It is always what a wife should do for the husband...and the list never ends; home management, tutoring, ferrying the kids, caring, cooking, cleaning, washing, working, you name it, she is doing it. so what about the brothers?
Our beloved Prophet SAW was not like this. So, why the men of this
Ummah? It is quite interesting. So I thought I'd share it with you!!!
What a Muslim husband should be like...
1. Dress up for your wife, look clean and smell good.. When was the last
time you went shopping for designer pyjamas? Just like the husband wants
his wife to look nice for him, she also wants her husband to dress up
for her too. Remember that the Prophet (PBUH) would always start with
Miswak when returning home and always loved the sweetest smells.
2. Use the best names for your wife. Call your wife by the most beloved
names to her, and avoid using names that hurt their feelings.
3. Don't treat her like a fly. We never think about a fly in our daily
lives until it 'bugs' us. Similarly, a wife will do well all day - which
brings no attention from the husband - until she does something to 'bug'
him.. Don't treat her like this; recognize all the good that she does
and focus on that.
4. If you see wrong from your wife, try being silent and do not comment!
This is one of the ways the Prophet (PBUH) used when he would see
something inappropriate from his wives (R.A). It's a technique that few
Muslim men have mastered.
5. Smile at your wife whenever you see her and embrace her often..
Smiling is Sadaqah and your wife is not exempt from the Muslim Ummah.
Imagine life with her constantly seeing you smiling. Remember also those
Ahadith when the Prophet (PBUH) would kiss his wife before leaving for
Salaah, even when he was fasting.
6. Thank her for all that she does for you. Then thank her again! Take
for example a dinner at your house. She makes the food, cleans the home,
and a dozen other tasks to prepare. And sometimes the only
acknowledgment she receives is that there needed to be more salt in the
soup. Don't let that be; thank her!
7. Ask her to write down the last ten things you did for her that made
her happy. Then go and do them again. It may be hard to recognize what
gives your wife pleasure. You don't have to play a guessing game, ask
her and work on repeating those times in your life.
8. Don't belittle her desires. Comfort her. Sometimes the men may look
down upon the requests of their wives. The Prophet (PBUH) set the
example for us in an incident when Safiyyah (R.A) was crying because, as
she said, he had put her on a slow camel. He wiped her tears, comforted
her, and brought her the camel.
9. Be humorous and play games with your wife. Look at how the Prophet
(PBUH) would race with his wife Aisha (R.A) in the desert. When was the
last time we did something like that?
10. Always remember the words of Allah's Messenger (PBUH): 'The best of
you are those who treat their families the best. And I am the best
amongst you to my family.' Try to be the best!
In conclusion: Never forget to make Dua to Allah - ta'ala to make your
marriage successful. And Allah ta'ala knows best!!
Saturday, February 6, 2010
GAMBARAN PADANG MAHSYAR
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.
15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.
16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)
"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
Monday, January 11, 2010
Kekabu
Begitu juga dengan pilihan kain sampul, dipilih dari pengilang tempatan (bukan dari Thailand- kainnya lebih licin) untuk menjamin kualiti dan keselesaan para pengguna.
Kekabu yang berkualiti selalunya teksturnya lebih putih dan lebih ringan. (walaupun telah dijadikan bantal).
Hanya kekabu kelas pertama ini sahaja dibekalkan.
Contoh kain yang digunakan :
Setelah kain sampul bersesuaian dipilih, proses seterusnya ialah mengisi dan memadatkan kekabu tadi ke dalam sarung bantal. Proses terakhir ialah menjahit di sekitar ukur-lilit sampul tadi agar lebih tahan lama.
Pokok Kekabu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pokok Kekabu
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Famili: [[]]
Genus: Ceiba
Spesies: C. pentandra
Pokok Kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, utara Amerika Selatan, dan (sebagai C. pentandra jenis guineensis) barat Afrika serta Asia Tenggara. Nama botaninya Ceiba pentandra.
Pokok kekabu.
[sunting]Kegunaan
Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.
Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.
Bantal yang diisi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun.
[sunting]Pautan luar
Thursday, January 7, 2010
1) Membaca SURAH AL-WAQIAH
- Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran." (Riwayat daripada Ibn Mas'ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
- Sabda Rasulullah SAW:
سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ
"Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu." (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa').
2) Membaca SURAH AL-IKHLAS:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya"."
- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya. (Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-'Ummal, Mu'jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas'ud: Mujma' al-Zawaid)
3)
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ ، وَتُعِزُّ مَن تَشَاء ، وَتُذِلُّ مَن تَشَاء ، بِيَدِكَ الْخَيْرُ ، إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، تُولِجُ اللَّيْـلَ فِي الْنَّهَارِ ، وَتُولِجُ النَّـهَارَ فِي اللَّيْلِ ، وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ ، وَتُخْرِجُ الْمَيِّـتَ مِنَ الْحَيِّ ، وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَـابٍ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، تُعْطِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُمَا وَتَمْنَعُ مَنْ تَشَاءُ ، اِرْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat. Engkau memberi kedua-duanya kepada sesiapa yang Engkau mahu. Engkau menahan kedua-duanya terhadap sesiapa yang Engkau mahu. Rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu."
- Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Mu'az! Aku mahu ajarkan engkau sebuah doa. Jika engkau menanggung segunung hutang lalu engkau membacanya nescaya Allah menunaikannya untuk engkau. Bacalah: قل الله مالك اللمك.... (Ayat dan doa di atas)." (Kanz al-Ummal).
4)
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya."
- Sabda Rasulullah SAW:" Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas. ) Riwayat daripada Mu'az bin Jabal: Majma' al-Zawaid, Kanz al-Ummal).
5)
الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَاغْنِنِي بِفَضلِكَ عَن سِواكَ
"Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau."
- Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: "Aku mahu mengajar kamu kalimah yang diajar oleh Rasulullah kepadaku. Jika engkau menanggung segunung hutang tentu Allah akan tunaikannya. Bacalah: اللهم اكفني بحلالك... (Doa di atas)." (Riwayat daripada 'Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib).
6)
الَّلهُمّ رَبَّ السَّماوَاتِ السَبْعِ ، وَرَبَّ العَرْشِ العَظِيْـمِ ، رَبَّنَا وَرَبَّ كلِّ شَيْءٍ ، وَمُنْزِلَ التَوْرَاة وَالإِنْجِيْلَ وَالقُرْآنَ ، فَالِقَ الْحَبِّ والنَّوَى ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شرِّ كُلِّ ذِي شَرٍّ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ ، أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ ، والظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ ، وَالبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ ، اقْضِ عنِّي الدَّيْنَ وَاغْنِنِي مِنَ الفَقْرِ
"Ya Allah, Tuhan bagi tujuh lapisan langit, juga Tuhan 'Arasy yang agung. Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu. Yang menurunkan Taurat, Injil dan Quran. Yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan menghasilkan buah-buahan. Aku mohon berlindung denganMu daripada kejahatan segala suatu yang jahat yang ubun-ubunnya di dalam genggamanMu. Engkaulah yang awal, tiada suatu pun yang sebelum Engkau. Engkaulah yang akhir, tiada suatu pun yang selepas Engkau. Engkaulah yang zahir, tiada suatu pun yang di atas Engkau. Engkaulah yang batin, tiada suatu pun yang di bawah Engkau. Tunaikanlah hutangku dan berilah aku kekayaan daripada kefakiran."
- Sabda Rasulullah SAW: "Bacalah: اللهم رب السماوات... (Doa di atas)." (Riwayat daripada Abu Hurairah: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Sahih).
7)
الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَ?ْرِ الرِّجَالِ
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."
- Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?" Jawab Abu Umamah: "Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!" Jawab Rasulullah: "Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu." Abu Umamah menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas). Kata Abu Umamah: "Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku." (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).
8)
Sabda Rasulullah SAW:
الَّلهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ ، كَاشِفَ الغَمِّ ، مُجِيْبَ دَعْوَةَ الْمُضْطَّرِّيْنَ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، أَنْتَ تَرْحَمُنِي فَارْحَمْنِي بِرَحْمَةٍ تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سَوَاكَ
"Ya Allah, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan, Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu."
Diriwayatkan daripada 'Aisyah RA katanya: "Abu Bakar datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah tunaikan untuknya." Kata Abu Bakar: "Aku telah berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan hutang aku." Kata 'Aisyah: Aku pernah menanggung hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku dapat bersedekah dan mewariskan harta." (Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)
9)
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
"Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."
Sabda Nabi SAW: "Doa saudaraku Yunus amat menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa. Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan, ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya dimakbulkan untuknya